Mr.E ni baru break dgn awek dia, sebab dia rimas awek dia asek bising ajak kawen. Aku tak tau la Mr. E ni da bercinta berapa lama ngn awek dia. Alasan dia xbole kawen lagi adalah, dia takde duit lagi. Baru skrg nk menyimpan. Tu yg buat aku musykil. Kenapa dari mula kerja dia x mula simpan duit nk kawen? Kalau dia ngah single mase mula2 kerja, aku leh terima ar. Ni dia memg da ada awek mase tu. Jadi kesimpulan aku, dia memang xde pikir nak kawen. Sebab tu dia xde menyimpan. Alasan dia, masa mula2 kerja gaji dia 1k aje. Tu pn aku musykil jgk. Dia ada degree, takkan starting keje dia gaji 1k aje. Macam pembohong besar aje.Takat 1k tu taraf gaji pekerja kilang yg lulusan SPM. Kalau ko ada degree, paling koman pun gaji ko 1.8k.
Lepastu, kalau nak seribu daya. Taknak seribu dalih. Kalau dia betul2 nak kawen, gaji kecik bkn alasan xbole simpan duit. Lagipun kalau dia explain pada awek dia, mesti awek dia boleh terima. Ni dia cakap belum ada duit, bila awek dia bising, dia rimas, then tinggal je awek dia tu digantung tak bertali. He doesn't have the ball to go face his girlfriend and break for real.
Jadi aku pun membebel la dekat kawan aku ni. Apesal la dia nak ngorat laki mcm tu. Da terang2 dia laki tak berguna, x bertanggungjawab, x reti merancang kewangan, pastu xde sikap kemimpinan. Dia xboleh nk handle awek dia bising2 tu, mcm mana dia nk handle isteri nanti? Mr.E ni ada potensi la menjadi suami yang bertaraf garbage.
google image
Aku tak faham, kenapa perempuan nak jugak lelaki2 spesies sampah macam Mr.E ni.
- Adekah kerana dia hensem?
- Kerana anda terdesak nak kawen & dah xde pilihan?
Ok i can only think of these two.
- Kalau sebab hensem, apa la yg ada pada rupa. Mata sedap tengok tapi hati sakit hari2 nak buat ape. Tu ke yang korang cari dalam perkahwinan?
- Kalau sebab terdesak, bila korg jumpe lelaki mcm Mr.E ni, da terang2 dia xkan memberi komitmen. Jd buat ape korg bazirkan masa muda korg dgn lelaki mcm ni. Kalaula korg muda lagi, dlm 24 la, korg desperate nk kawen, jumpa laki speseis Mr. E ni. Kalau dia layan, tp drag ko 2-3 thn mcm dia buat kt awek dia, mase break umo ko da 27thn. Mase tu ramai ke lelaki bujang yg tinggal? Bertambah desperate la korang nanti. Jadi kesimpulannye, nk desperate tu control sikit. Jangan main tangkap muat aje.
Ok lah sekian dulu nasehat aku untuk kaum2 wanita di luar sana. Chows