our wedding countdown

Daisypath Wedding tickers

Monday, 5 September 2011

Hari Raya

Dah lama x post blog..baru arini perasan yg 18hb kena mengajar makmal blog.
Rosak planning..bru ingat nk balik umah minggu tu sbb cuti 3 ari..haih
Sebab kelas tu jgk yg mengingatkan aku nk menambah post kt blog neh.
Cerita sikit lah pasal raye aritu.
Raya pertama gi semayang raye, pastu berasa umah mak idah.
Sempat beraya 1 umah tu je sebab family bakal mertua nk datang. Jadi memasing cpt2 la balik utk masak.
Raya ke2 pulak pegi beraya kt kampung mak. Dari sini la tragedi bermula. Makan sate yg menyebabkan ktorg 1 family sakit perot.
Jd raya ke3 dan ke4 tergendala lah kerana semua sakit perot. Mlm raya ke4 tu je pegi beraya umah abg tu pn xpakai bju raye. Raye ke5 dah bertolak balik. Raye ke6 melepak kt umah sewa, lunch secret recipe memandangkan majoriti kedai makan masih beraya sakan dan xbukak2 lg. Pemalas btl peniaga kr sini. Haih

Monday, 15 August 2011

Kenapa perempuan selalu fall pada lelaki yg tak guna?

Semalam aku ym dengan kawan aku. Dia cerita la pasal mamat ni..aku gelar dia Mr.E la. Kawan aku ni berminat nak ngorat Mr. E.

Mr.E ni baru break dgn awek dia, sebab dia rimas awek dia asek bising ajak kawen. Aku tak tau la Mr. E ni da bercinta berapa lama ngn awek dia. Alasan dia xbole kawen lagi adalah, dia takde duit lagi. Baru skrg nk menyimpan. Tu yg buat aku musykil. Kenapa dari mula kerja dia x mula simpan duit nk kawen? Kalau dia ngah single mase mula2 kerja, aku leh terima ar. Ni dia memg da ada awek mase tu. Jadi kesimpulan aku, dia memang xde pikir nak kawen. Sebab tu dia xde menyimpan. Alasan dia, masa mula2 kerja gaji dia 1k aje. Tu pn aku musykil jgk. Dia ada degree, takkan starting keje dia gaji 1k aje. Macam pembohong besar aje.Takat 1k tu taraf gaji pekerja kilang yg lulusan SPM. Kalau ko ada degree, paling koman pun gaji ko 1.8k.

Lepastu, kalau nak seribu daya. Taknak seribu dalih. Kalau dia betul2 nak kawen, gaji kecik bkn alasan xbole simpan duit. Lagipun kalau dia explain pada awek dia, mesti awek dia boleh terima. Ni dia cakap belum ada duit, bila awek dia bising, dia rimas, then tinggal je awek dia tu digantung tak bertali. He doesn't have the ball to go face his girlfriend and break for real.

Jadi aku pun membebel la dekat kawan aku ni. Apesal la dia nak ngorat laki mcm tu. Da terang2 dia laki tak berguna, x bertanggungjawab, x reti merancang kewangan, pastu xde sikap kemimpinan. Dia xboleh nk handle awek dia bising2 tu, mcm mana dia nk handle isteri nanti? Mr.E ni ada potensi la menjadi suami yang bertaraf garbage.

google image

Aku tak faham, kenapa perempuan nak jugak lelaki2 spesies sampah macam Mr.E ni. 

  1. Adekah kerana dia hensem?
  2. Kerana anda terdesak nak kawen & dah xde pilihan?
Ok i can only think of these two. 
  1. Kalau sebab hensem, apa la yg ada pada rupa. Mata sedap tengok tapi hati sakit hari2 nak buat ape. Tu ke yang korang cari dalam perkahwinan?
  2. Kalau sebab terdesak, bila korg jumpe lelaki mcm Mr.E ni, da terang2 dia xkan memberi komitmen. Jd buat ape korg bazirkan masa muda korg dgn lelaki mcm ni. Kalaula korg muda lagi, dlm 24 la, korg desperate nk kawen, jumpa laki speseis Mr. E ni. Kalau dia layan, tp drag ko 2-3 thn mcm dia buat kt awek dia, mase break umo ko da 27thn. Mase tu ramai ke lelaki bujang yg tinggal? Bertambah desperate la korang nanti. Jadi kesimpulannye, nk desperate tu control sikit. Jangan main tangkap muat aje.
Ok lah sekian dulu nasehat aku untuk kaum2 wanita di luar sana. Chows

Friday, 12 August 2011

Resipi sup ayam aku

Semalam masa nk pegi bukak pose dkt peti surat ada flyer.
Dia ckp weekend ni x ada karan dari pukul 9pg sampai 7mlm.
Aaa..mati kering ar aku kalau camtu. Nak buat ape weekend ni.
Untuk membuang mase tunggu waktu berbuke, minggu ni masak lg lah nmpknye.
Minggu lps da buat sup ayam..meh tgk resipi dia:

Hiris bawang beso dalam sebijik, bawang putih 2-3 bijik.

Pastu cili padi belah 2. Nk brape banyak ikot suke ko lah. Kalo suke pedas, letak la 10 bijik ke. Kalau xtahan pedas kurangkan. Tak pun jgn guna cili pad yg kecik2 tu. Yg kecik2 tu cili padi kampung namanya. Memg pedas gile.Kalo xtahan pedas guna la cili yang panjang2 tu. Tu cili bandar kut kalau yg kecik dah kampung punye.

Pastu hiris halia. Ambik la dlm 1 inci ke. Tp minggu lps aku msk xletak halia. Manatah halia aku ilang. Tuan rumah da buang agaknye mase dia kemas2 peti ais aritu. Jadi la jgk walaupun xde halia.

Pastu titik serai. Tau tak titik tu mcm mana? Bukan titik mcm titik noktah dgn karangan tu dol. Titik ni ko ketuk serai tu guna anak lesung, bg kelua isi dia. Baru rase serai tu nanti.

Pastu hiris ayam kecik2..ni benda wajib la dah nama pun sup ayam. Kalau tak letak ayam sup kosong namanya..ape kebengap nye sgt kome ni.

After that..ko hiris lak sayur2 yang ko nk masukkan dalam sup tu. Aku suggest tomato, carrot, brokoli/kobis bunga,cendawan..tp ko xpyhla masukkan smua. Nnti kang penuh sgt sup ko.

Pastu hiris jgk daun seleri..xtau la betul ke x aku eja ni. Kalo bahase inggeris nye celery..kalo ko xkenal..pegi tgk wonderpets..yg 3 eko binatang tu slalu share bila berjaya selamatkan binatang yg memerlukan. Toksahla nk bohong aku xpenah tgk.

Da siap kut semua bahan. Memula ko tuang minyak sket dalam periuk, jgn bnyk2 xbaik utk kesihatan. Kata nk diet tp masak banyak minyak. Mana taknye boncet.

Bila minyak da panas, ko tumis la bawang beso, bawang putih, halia ngn serai. Lepas da half garing baru masukkan cili. Kalo ko nk masukkan semua skali pn bole..Aku masuk cili lmbt sbb aku xske cili tu layu sgt.
 Lepastu, ko masukkan ayam ko tadi. Kacau2 sampai ayam tu jd putih. Tandanya da separuh masak la tu.
Selagi x hangus, ko kacau aje sampai minyak2 n pati2 dalam ayam tu keluar.Kalau nk lama lagi, tmbh air sket2 bg dia lmbt hangus.

Bila ko da boring mengacau ayam tu, ko masukkanla air..mengikut brape bnyk kuah ko nak. Bila da dekat nk mendidih, ko masukkanla garam dengan kiub/serbuk pati ayam. Pastu kalo xpose, ko rase la cukup ke x. Kalo ko pose agak2 n tawakal aje la. Bila dah mendidih, ko masukkan la sayur2 ko tadi.

Masukkan carrot dulu sbb nk bagi dia empuk. Pastu masukkan yg lain2 kecuali seleri. Ko kacau2 sampai sayur2 ko empuk, pastu masukkan seleri..Kejap aje sbb seleri kalau rangup baru sedap. Ko kacau2 sikit, pastu tutup api. Last skali ko perah limau nipis dalam sebijik. Kalo ko msk bnyk perahla sebijik stengah or 2 bijik.

Pastu dah sedia utk dimakan..kalo xsedap tu ko xde bakat memasak ar tu. Bkn salah aku.
Aku masak minggu lepas lupe lak nk amik gambo. Takpe minggu ni aku amik. Bru bole berlagak sket.
Try la ye.

Till next time,babai..


Tuesday, 9 August 2011

Testing

My first post..most of my friends already have their own blog..only now I'm going for it.
Actually I have no choice since I'm asking my students to write their own blog, therefore me as the teacher, has to know about it myself..Till then..good luck to me.. =)

 Yummy..